10 March 2012

Pasar Malam

Cahaya lampu neon bagaikan pesta dan suasana yang hingar peniaga untuk melariskan jualan masing-masing adalah perkara biasa di pasar malam. Ia sudah bertapak lama di setiap kawasan perumahan atau di lokasi-lokasi popular mengikut hari-hari tertentu. Kebanyakan peniaga adalah terdiri daripada peniaga makanan dan minuman, barang-barang runcit basah, buah-buahan, pakaian dan macam-macam lagi.

Bagi pengunjung pasar malam ni pula terdiri daripada penduduk tempatan dan ada juga pengunjung tetap pasar malam. Dan kebanyakan yang mengunjungi mencari menu makan malam pada hari itu tanpa bersusah payah menunggu kerana telah siap dimasak. Dengan harga jualan yang berpatutan menjadikan lagi pasar malam tempat kunjungan setiap minggu.









No comments:

Post a Comment