05 December 2012

Norhazrinda & Alezan | The Engagement

Salam semua,

Musim hujan kembali lagi hujung-hujung tahun ni. Hujan yang penuh dengan rahmat. Tahniah buat Linda dan Alezan dari kami, semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin. In sha Allah.



30 November 2012

Penang Island

Salam semua,

Hampir 10 tahun aku tak pergi ke Pulau Pinang ni. Negeri yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tapi sedikit kecewa dengan cara pemanduan kebanyakan pemandu disini. Sesiapa yang masih terkial-kial atau baru dapat lesen tu dinasihatkan supaya jangan la memandu di pulau ni. Sia-sia je kena hon. Tak pun akan sentiasa terkejut dengan teknik-teknik mencilok yang bagi aku memang kurang ajar.

Salah satu tempat yang sempat aku lawati ialah Bukit Bendera. Mula-mula sampai di kaunter tiket lebih kurang dalam pukul 10 pagi tidak lah begitu ramai pengunjung, tapi aku rasa sangat hairan kenapa begitu ramai anggota RELA yang bertugas. Dulu tren bewarna merah, tapi kini trennya ditukar kepada warna biru dan rupabentuk yang lebih moden. Laluannya juga telah dinaiktaraf dan korang boleh lihat trek asal bagi laluan kereta kabel ni. Pemandangan sebahagian pulau boleh dilihat di atas Bukit Bendera ni dan jambatan pertama dan kedua (sedang dibina) juga jelas kelihatan. Semasa menunggu untuk turun baru aku tau fungsi utama anggota-anggota RELA ni. Mereka ni ditugaskan untuk menyusun semula pada orang-orang yang tak reti nak beratur. Walaupun negara ke arah pemodenan tapi mentaliti pada tahap rendah pun susah juga. Kena ada kawalan baru teratur.

Beberapa keping foto melalui kamera aku tentang Penang :)



29 November 2012

Akmaliyana & Azlan | Solemnization

Salam semua,

Perkara yang berlaku secara spontan atau perbuatan tanpa kita sedar adalah lebih bersifat semulajadi berbanding "berlakon" di depan kamera. Salah satu pelajaran yang perlu diketahui dan dikuasai ;).

Tahniah buat Akmaliyana dan Azlan, semoga bahagia hingga ke syurga. Dari kami sekeluarga. Amin.


07 November 2012

Adilah & Hadi | Wedding

Salam dan selamat sejahtera semua,

Tahniah kepada Adilah dan Hadi (Sang Tenuk) yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Seksyen 4, Bangi. Walaupun cuaca pada hujung tahun ni tak menentu, majlis tetap berlangsung dengan meriah.