24 April 2012

Kasih Seorang Mak

Salam semua,
Tak ada apa lagi yang mahu diminta, selain mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dalam meneruskan kehidupan. Bersyukur dengan usia yang diberi oleh yang maha esa melalui era tanah melayu sebelum dimerdekakan hinggalah kini. Setiap garisan yang terukir di wajah menceritakan kesungguhan membesar, mendidik dan mengasuh anak-anak tak kira penat lelah siang dan malam. Pengorbanan jiwa dan raga demi anak-anak yang tersayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Itulah kasih seorang yang bergelar mak. Selamat hari lahir mak...



14 April 2012

Tiga Belas April.

Salam semua,

13 April 2012 adalah hari lahir ayahku dan hari terakhir dia bekerja sebagai seorang pekerja swasta. Dan bermula la menjadi seorang pesara. Mungkin la seminggu dua ni rasa seronok sebab dah tak perlu fikir pasal kerja. Tapi lama-lama pun bosan juga. Kepada ayahku, selamat hari lahir dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat. Selamat juga menjalani hari-hari persaraan :)


Sempena tu kami semua ke AFamosa Resort untuk pra persaraan ayahku. hahaha. Dah rasa macam kami pula yang nak besara. Oh ya, seperti biasa Damia la yang paling sibuk dan paling riang bila papa dan mama bercuti selama dua hari :P









09 April 2012

Beach

Salam semua,

Dah lama tak pergi kat tepi pantai. Mungkin buat masa ni tak mengizinkan lagi pergi ke sana. Saja je upload gambar-gambar lama di Cherating yang aku ambil. Masa kecil-kecil dulu penah skali ikut ofis trip ayah ku pergi ke sana. Naik bas beramai-ramai. Ada la gambar-gambar old timers berposing depan bas. haha. Lama juga la masa perjalanan nak sampai dari Kuala Lumpur ke Cherating sebab lebuhraya pantai timur takde lagi. Kalau skarang ni 2 jam pun boleh sampai ke sana. Katil kat chelet tempat kami menginap tu sangat tinggi sampai aku pun tak boleh nak naik sendiri. Nama chelet tu memang aku tak ingat la. Ntah ada lagi ke tak.

05 April 2012

TNB Petaling Jaya No. 1!

Majlis Makan Malam Tenaga Nasional Kawasan Petaling Jaya telah diadakan pada 4 April 2012 yang lalu di Crown Hotel. Tema bagi warna pakaian pada malam tu diambil sempena logo TNB itu sendiri iaitu warna merah. Warga tenaga kerja TNB Petaling Jaya dari semua lapisan tak kira samada di bahagian pengurusan, pentadbiran mahupun di bengkel turut hadir memeriahkan majlis ni. Dan yang paling ditunggu ialah hadiah menarik untuk cabutan bertuah. tapi nasib juga la siapa yang dapat tin biskut. hehe.

















03 April 2012

Majlis Perkahwinan Fatihah & Syafiq

Tahniah buat Fatihah & Syafiq. Semoga perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat dan menjalani alam perkahwinan dengan penuh kesabaran dan penuh barakah :)











01 April 2012

Bukit Bintang

Salam semua,

Pagi di bukit bintang dah mula sesak dengan pelbagai manusia yang berlainan rupa, warna kulit, fesyen dan macam-macam lagi walaupun hari cuti. Melihat ragam orang yang kami sendiri tidak tahu ke mana hala tuju masing-masing. Ada juga pelancong yang bersarapan pagi dengan roti canai bungkus, tapi makan macam makan burger. Pekerja-pekerja warga asing sudah mula memulakan tugas mereka untuk mencari rezeki di negara ni. Ada juga warga istimewa yang mempunyai kerenah tersendiri. layan kan aje. hehe.