27 September 2012

Wany & Fauzi | Majlis Akad Nikah

Salam semua,

Alhamdulillah kali ni aku merakam majlis pernikahan dan perkahwinan Wany dan Fauzi di Meru, Klang pada 23 September 2012 yang lalu. Kalau di ingat kembali kami berhubung melalui telefon dan email saja. Dan berjumpa pada 3 bulan yang lalu untuk prewedding photoshoot. Mereka ni umpama "superbly happy couple", gila-gila pun ada ^^ . Apa-apa pun tahniah pada kamu berdua dan selamat pengantin baru! 

Oh ya, korang juga beruntung sebab mempunyai rakan yang riang bergumbira ;p


22 September 2012

Ahlan Wasahlan

Salam semua,

BSBA telah 'transform' ke dunia arab dan tahniah kepada kakitangan BSBA kerana telah menjadi juara pertandingan gerai dan tingkat yang terlalu kreatif dan inovatif ^^. Terima kasih di atas segala kerjasama semua yang terlibat. Harap dapat kekalkan pada tahun-tahun hadapan.



19 September 2012

Kuala Lumpur


17 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri CKASJ 2012

Salam semua,

Pada 13 September 2012 yang lalu Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan Jambatan mengadakan majlis jamuan hari raya dan persiapan dah dilakukan sejak seminggu sebelum hari majlis lagi. Dengan perancangan yang rapi termasuklah semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung, majlis berlangsung dengan meriah. Antara aturcara yang memeriahkan lagi majlis termasuklah cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik, hiasan antara tingkat dan gerai-gerai yang diwakili oleh setiap bahagian dan unit.

Gerai BSBA yang mendapat sambutan hangat!
Pengarah Kanan CKASJ