29 March 2012

Getting Closer..




25 March 2012

A Day

Salam semua,

Sejak akhir-akhir ni Kuala Lumpur mengalami keadaan cuaca yang berjerebu menyebabkan peningkatan suhu disekitarnya. Keadaan jerebu ni dijangka akan lebih teruk pada bulan Jun hingga September ni. Harap negara jiran kita tak membiarkan pembakaran terbuka berleluasa di negara mereka dan kepada rakan-rakan, jagalah kesihatan dengan minum air lebih banyak. Save the earth people!

Transmission Tower

20 March 2012

Putrajaya International Hot Air Balloon 2012

Salam semua,

Seperti yang diketahui setiap tahun Malaysia menjadi penganjur bagi Fiesta Hot Air Balloon dan bermula dari tahun 2009 lagi. Banyak peserta-peserta dan penganjur-penganjur dari luar negara yang terlibat dalam pesta ni. Maklum la selain dari melawat negara ni mereka juga dapat memperkenalkan dan mempromosi brand mereka.





Banyak juga booth-booth peniaga makanan dan minuman di lokasi pesta ni. Sasaran pengunjung yang hadir adalah seramai lebih dari 250 ribu orang. Dengan pengunjung yang begitu ramai membuatkan Precint 2 Putrajaya ni dah banjir dengan orang. Ada juga yang hadir tapi hanya melihat dari dalam kenderaan atau dari jauh saja sbb tempat letak kenderaan penuh walaupun di tepi jalan.








Belon udara panas hanya dinaikkan pada waktu bermula jam 8 pagi hingga ke 11 pagi dan dari jam 6 petang hingga ke 9 malam saja. Sempat juga la aku ambil beberapa keping gambar walaupun banyak belon yang tak dapat dinaikkan disebabkan cuaca mendung dan berangin.

Belon ni la yang mendarat atas jalanraya disebabkan keadaan angin yang tak menentu

10 March 2012

Pasar Malam

Cahaya lampu neon bagaikan pesta dan suasana yang hingar peniaga untuk melariskan jualan masing-masing adalah perkara biasa di pasar malam. Ia sudah bertapak lama di setiap kawasan perumahan atau di lokasi-lokasi popular mengikut hari-hari tertentu. Kebanyakan peniaga adalah terdiri daripada peniaga makanan dan minuman, barang-barang runcit basah, buah-buahan, pakaian dan macam-macam lagi.

Bagi pengunjung pasar malam ni pula terdiri daripada penduduk tempatan dan ada juga pengunjung tetap pasar malam. Dan kebanyakan yang mengunjungi mencari menu makan malam pada hari itu tanpa bersusah payah menunggu kerana telah siap dimasak. Dengan harga jualan yang berpatutan menjadikan lagi pasar malam tempat kunjungan setiap minggu.









07 March 2012