10 May 2009

Keindahan sa-buah kehidupan..

Jumaat | 8 Mei 2009.
10.25 pagi.
Aku bergegas balik ke rumah selepas terima panggilan dari farah. Panik aku dibuatnya. Kata orang tua, tumpah darah. Wife aku dah nak bersalin ke!!? Sampai je kat rumah aku pun bawa farah pergi ke hospital yang paling hampir dengan rumah, hospital Ampang. Nasib baik pada masa tu tak ramai orang. Jadi pegawai yang bertugas terus ambil kerusi roda untuk farah dan tolak masuk ke wad kecemasan. Aku nak masuk skali tapi nurse kat wad kecemasan tu suruh aku tunggu kat luar. Lima minit pun rasa macam dah lama sangat. (ai bape lame mau tunggu daa..) Aku lihat bakal-bakal bapa kat situ menunggu dengan penuh kesabaran. Semua tengah risau tentang wife masing-masing. Ada yang tertidur (agaknya dari semalam kot tunggu kat situ). Ada yang telefonnya tak henti-henti berdering dan ada juga yang telefon tanya isteri dia masuk wad nombor berapa. (mungkin isteri dah bersalin kot). Dan aku tetap lagi menunggu dengan penuh debaran sambil berdoa tentang keselamatan cahaya mata pertama kami.

Satu persatu nama wife masing-masing dipanggil dan masuk ke dalam wad kecemasan. Aku fikir bila giliran aku nak masuk ni. nervesss2!!. Tiba-tiba wife aku berjalan keluar dari wad. Aku tanya macamana keadaan dia. Doktor beritahu masih belum waktu untuk dia bersalin. Hanya tanda-tanda minor saja. Bila fikirkan balik nak tergelak pun ada jugak. Yela sume bakal-bakal bapa masuk ke dalam wad kecemasan, tapi wife aku pula yang keluar. hehe. Tapi masa cemas-cemas macamni kena serius!(hahaha) Tapi kami tak terus balik, hanya menunggu di bahagian ruang lobi hospital. (risau juga. tiba-tiba rasa lain pulak, kena datang balik). Sampai malam kami tunggu di situ sehingga aku buat keputusan untuk balik dan rehat je kat rumah.

Sabtu | 9 Mei 2009.
9.30 pagi.
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Sedia la apa-apa yang patut dan yang pastinya memang kami akan ke hospital dengan segera sekali lagi.

5.30 petang.
Farah nak pergi balik ke hospital pada waktu petang pula. Mungkin dah ade terasa sakit sikit-sikit. Jadi petang tu kami pun pergi sekali lagi ke hospital berkenaan bersama mak mertua ku. Kat sana, farah sekali lagi diperiksa dan keputusan yang sama juga dikeluarkan macam semalam. Cume kali ni doktor buat scanning untuk baby juga. Alhamdullilah baby sihat dan dalam keadaan normal. Cuma belum masa untuk bersalin lagi. Orang tua-tua cakap kalau ibu mengandung banyak berjalan senang untuk melahirkan anak. Jadi aku pun pimpin la farah jalan-jalan sekitar hospital tu. Rasanya ada 7 kali juga la aku tawaf hospital ni. Waktu ni pula H1N1 menjadi isu terhangat. Jadi ada la tempat kuarantin bagi pesakit-pesakit ni. Takut juga nak lalu tempat tu

10.30 petang.
Malam tu aku pun balik la dengan rasa tak senang hati. Kasihan tengok wife aku risau. Dan malam tu juga farah cakap die ada rasa macam sakit lagi. Tanpa fikir panjang kami pun terus pergi ke Hospital An-Nur di bangi. Disebabkan farah pernah check di sana so senang lah nak berurusan sebab dah ada record. Aku pandu dari Ampang ke Bangi dan alhamdulillah perjalanan trafik lancar. Sampai je kat hospital tu wife aku terus di masuk kan sekali lagi ke wad dan pada masa tu doktor beritahu memang farah kena tahan di wad.

Ahad | 10 Mei 2009 
3.30 pagi.
Sepanjang masa aku bersama farah dan sama-sama membaca doa untuk menyenangkan kelahiran anak pertama kami. Pada waktu ni la sepatutnya suami-suami perlu bersama-sama isteri. Pengalaman yang tak pernah akan aku lupakan sepanjang hidup ni. Bukan mudah untuk lalui detik-detik kelahiran kita di dunia oleh mak kita. Sebab tu la syurga tu di bawah telapak kaki ibu) dan tepat jam 7.42 pagi, alhamdulillah lahirlah seorang cahaya mata perempuan kami. DAMIA. dan hari ni juga adalah hari ibu sedunia..