16 June 2012

Minat Dan Pengorbanan

Salam semua,


Bila aku terlihat saat ni aku teringat kat ayahku. Minat dia terhadap memancing sangat mendalam. Boleh dikatakan dia memiliki beberapa jenis joran. Setiap joran ada kelebihan yang tersendiri samada dari segi saiz dan kelenturannya berbeza-beza mengikut keperluan dan jenis ikan yang akan dikail. Kalau dah minat memancing tu semestinya dia akan mengetahui setiap jenis ikan samada di sungai, kolam ataupun di lautan.

Pernah aku bertanya sejak bila dia minat memancing dan dia pun mula bercerita sejak waktu sekolah lagi dengan hanya menggunakan batang buluh saja. Kalau dapat banyak ikan nenek aku sangat suka sebab boleh dijadikan hidangan lauk. Bila aku fikir balik susah juga kehidupan ayahku pada waktu itu. Dia membesar dalam keadaan serba kekurangan walaupun tinggal di bandar. Mungkin dengan memancing ni saja dapat menghiburkan hatinya.

Aku juga pernah mengikut dia pergi memancing samada di kelong, tepi laut, sungai dan kolam tapi dia tak pernah samada menyokong atau menyuruhku dan adik beradik yang lain mengikut minatnya itu. Semakin dewasa kehidupan mengajar kita, dan aku sedar, ayahku mahu kehidupan kami menjadi lebih baik darinya. Dan aku juga tahu, dia banyak berkorban minatnya itu demi membesarkan kami sekeluarga. 

Selamat hari bapa, walid...

3 comments:

  1. Bapa anda punyai hobi seperti saya.. sabar adalah sahabat memancing.. nice blog entry & happy father's day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi yg memerlukan kesabaran yg tinggi. Terima kasih sahabat.

      Delete
  2. Anak nyer minat lagi power, semua keje tak senang.. anyway, Happy Father's day BRO!! ^_^.v..

    ReplyDelete