16 June 2012

Minat Dan Pengorbanan

Salam semua,


Bila aku terlihat saat ni aku teringat kat ayahku. Minat dia terhadap memancing sangat mendalam. Boleh dikatakan dia memiliki beberapa jenis joran. Setiap joran ada kelebihan yang tersendiri samada dari segi saiz dan kelenturannya berbeza-beza mengikut keperluan dan jenis ikan yang akan dikail. Kalau dah minat memancing tu semestinya dia akan mengetahui setiap jenis ikan samada di sungai, kolam ataupun di lautan.

Pernah aku bertanya sejak bila dia minat memancing dan dia pun mula bercerita sejak waktu sekolah lagi dengan hanya menggunakan batang buluh saja. Kalau dapat banyak ikan nenek aku sangat suka sebab boleh dijadikan hidangan lauk. Bila aku fikir balik susah juga kehidupan ayahku pada waktu itu. Dia membesar dalam keadaan serba kekurangan walaupun tinggal di bandar. Mungkin dengan memancing ni saja dapat menghiburkan hatinya.

Aku juga pernah mengikut dia pergi memancing samada di kelong, tepi laut, sungai dan kolam tapi dia tak pernah samada menyokong atau menyuruhku dan adik beradik yang lain mengikut minatnya itu. Semakin dewasa kehidupan mengajar kita, dan aku sedar, ayahku mahu kehidupan kami menjadi lebih baik darinya. Dan aku juga tahu, dia banyak berkorban minatnya itu demi membesarkan kami sekeluarga. 

Selamat hari bapa, walid...

11 June 2012

Wany & Fauzi | Save The Date

Salam semua,

Kali ni aku nak update prewedding untuk bakal pengantin iaitu Wany dan Fauzi. Mereka ni sangat-sangat happy go lucky person. Semoga ikatan pertunangan akan berakhir dengan ikatan perkahwinan pada bulan September 2012 ni. Enjoy the photo :)














05 June 2012

Yusrin & Rozana | Wedding Reception

Salam semua,

Bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang mengambil masa kira-kira 6 jam melalui jalan di tepi pantai hingga ke simpang Marang. Banyak juga perbezaan masa sekiranya memandu melalui Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah yang kurang 2 jam perjalanan. Tetapi  perlu berhati-hati kerana terlalu banyak haiwan liar dan peliharaan melintas hingga boleh mengakibatkan kemalangan. Sepanjang perjalanan aku melalui jalan ni pun dah terdapat beberapa kemalangan. Ada juga lembu-lembu yang dah mati kena langgar. 

Aku hairan betul, mana la penjaga lembu-lembu ni. Memang dah tak nak ke? Patut la ada sekatan JPJ yang dapat tangkap pemandu yang mencuri lembu ni dan masuk dalam kereta sebab memang tak ada orang yang memantau lembu-lembu ni. Muat pula tu lembu masuk dalam kereta. hehe.

Majlis resepsi berlangsung di rumah Rozana sendiri di Kampung Butut, Kuala Berang dan sekali lagi ucapan tahniah buat kedua-dua pengantin baru. Selamat menjalani ibadah rumahtangga sehingga ke akhir hayat.


04 June 2012

Yusrin & Rozana | Solemnization

Salam,

Majlis akad nikah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu Darul Iman pada 1 Jun 2012 yang lalu. Terima kasih kepada kedua-dua belah keluarga terhadap layanan yang sangat baik. Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah Oyen dan Anna. Barakallah!