11 May 2012

Selamat Datang Dunia

Salam,

Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan. Aku nak berkongsi sedikit pengalaman bersama-sama farah yang bersalin buat kali ke-dua. Tapi kali ni lebih teratur sedikit sebab dah ada pengalaman melahirkan damia tiga tahun yang lalu.

Pada 9 Mei 2012 jam 1.30 pagi aku dan farah ke hospital Pakar An Nur di Bandar Baru Bangi disebabkan keluar tanda-tanda untuk melahirkan anak. Setelah sampai di hospital farah dimasukkan terus ke bilik bersalin. Bermula pada jam 4.30 pagi sakit farah bertambah kuat dan 5.27 pagi lahirlah seorang puteri kedua kami dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi diiringi dengan azan dan iqamah oleh ku. Semoga kalimah-kalimah tersebut meresapi ke dalam hati sanubari, memuji kebesaranNya. InsyaAllah.

Tak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Dr. Khamsiah Hj Muda yang telah menyambut kelahiran cahaya mata kami buat kali kedua juga dan semua jururawat yang banyak membantu memberikan semangat. Kepada rakan-rakan terima kasih di atas ucapan dan sokongan moral kamu semua. Sori la kalau foto-foto ni mengandungi unsur-unsur ganas. haha. Cuma ingin berkongsi kelahiran seseorang di dunia.













Teringat pula kat Damia. Pertama kali nak bertemu adik dan macamana reaksinya. Aku masih ingat lagi bila farah tanya bila adik nak keluar dan Damia pun jawab kat mama tak payah la keluar sebab dia takut perut mama pecah. Ayat spontan. Terpinga-pinga juga pertama kali jumpa adik. Lepas pada tu memang tak lekang. Serapat-rapatnya dan kalau boleh rambut tu memang selalu kena muka adik. Dimana saja adik pegi kat situ la dia ada. Tangan tu tak boleh larang pegang adik, dan kalau larang mesti merajuk.









9 comments:

  1. Congrates bossssssssss!! mesti saat ni paling indah kan??? =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dil, yeap antara saat2 terindah. Kalau mama dia lagi terindah kot. Sebab perempuan sahaja dlm dunia ni mengandungkn dan melahirkan. sakit bersalin hanya wanita saja yg tau :)

      Delete
  2. terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

    ReplyDelete
  3. tahniah izwan.may Allah bless u and family

    ReplyDelete
  4. Congratulations!
    ur picture superb bro!
    CIk Yong Love it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Yong, and thanks for drop by :)

      Delete
  5. tahniah..rasa syahdu tengok kakaknya pegang adik..

    ReplyDelete