14 April 2012

Tiga Belas April.

Salam semua,

13 April 2012 adalah hari lahir ayahku dan hari terakhir dia bekerja sebagai seorang pekerja swasta. Dan bermula la menjadi seorang pesara. Mungkin la seminggu dua ni rasa seronok sebab dah tak perlu fikir pasal kerja. Tapi lama-lama pun bosan juga. Kepada ayahku, selamat hari lahir dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat. Selamat juga menjalani hari-hari persaraan :)


Sempena tu kami semua ke AFamosa Resort untuk pra persaraan ayahku. hahaha. Dah rasa macam kami pula yang nak besara. Oh ya, seperti biasa Damia la yang paling sibuk dan paling riang bila papa dan mama bercuti selama dua hari :P









No comments:

Post a Comment