24 April 2012

Kasih Seorang Mak

Salam semua,
Tak ada apa lagi yang mahu diminta, selain mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dalam meneruskan kehidupan. Bersyukur dengan usia yang diberi oleh yang maha esa melalui era tanah melayu sebelum dimerdekakan hinggalah kini. Setiap garisan yang terukir di wajah menceritakan kesungguhan membesar, mendidik dan mengasuh anak-anak tak kira penat lelah siang dan malam. Pengorbanan jiwa dan raga demi anak-anak yang tersayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Itulah kasih seorang yang bergelar mak. Selamat hari lahir mak...



No comments:

Post a Comment