20 March 2012

Putrajaya International Hot Air Balloon 2012

Salam semua,

Seperti yang diketahui setiap tahun Malaysia menjadi penganjur bagi Fiesta Hot Air Balloon dan bermula dari tahun 2009 lagi. Banyak peserta-peserta dan penganjur-penganjur dari luar negara yang terlibat dalam pesta ni. Maklum la selain dari melawat negara ni mereka juga dapat memperkenalkan dan mempromosi brand mereka.





Banyak juga booth-booth peniaga makanan dan minuman di lokasi pesta ni. Sasaran pengunjung yang hadir adalah seramai lebih dari 250 ribu orang. Dengan pengunjung yang begitu ramai membuatkan Precint 2 Putrajaya ni dah banjir dengan orang. Ada juga yang hadir tapi hanya melihat dari dalam kenderaan atau dari jauh saja sbb tempat letak kenderaan penuh walaupun di tepi jalan.








Belon udara panas hanya dinaikkan pada waktu bermula jam 8 pagi hingga ke 11 pagi dan dari jam 6 petang hingga ke 9 malam saja. Sempat juga la aku ambil beberapa keping gambar walaupun banyak belon yang tak dapat dinaikkan disebabkan cuaca mendung dan berangin.

Belon ni la yang mendarat atas jalanraya disebabkan keadaan angin yang tak menentu

No comments:

Post a Comment