26 June 2011

Sabah Borneo

Akhirnya hari yang dinantikan selama 10 bulan telah pun tiba. Bercuti lagiiiii!!! haha. Bercuti memang menyeronokkan sampai lupa penat. Kami telah menjadualkan perjalanan kami ke sana sejak sebulan yang lalu. Kami cari tempat-tempat yang wajib dilawati je. Rasa cuti berminggu-minggu pun tak cukup kalau nak jelajah satu Sabah! Hari pertama kami tiba di Sabah hanya berjalan di Kota Kinabalu.




Hari kedua, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park dengan menaiki kenderaan. Jalan same je macam pegi Cameron atau Genting Highland. Udara nye sejukkk!! tapi bau asap diesel yang dibebaskan oleh kenderaan pacuan empat roda agak mengganggu hidung aku. hahaha. Jadi tak bleh la nak buka tingkap luas-luas. Damia paling senyap pada waktu ni. (jelesnye tengok damia tido!). Sempat juga aku ambil beberapa keping gambar di beberapa lokasi gunung kinabalu yang boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park. Nak berhenti tepi jalan bahaya pula sebab kereta masing-masing macam tiada brek. So aku pun redah je berenti dekat rumah orang. hehe. Di Kinabalu Park terdapat view point yang dinamakan Timpohon View.







Selepas melepasi Pekan Ranau kami berhenti seketika di Hot Poring. Ia juga terletak di dalam kawasan Kinabalu Park. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dari Kota Kinabalu ke sini. Kat sini juga ada Canopy Walk. Mula-mula excited sangat nk pegi, tapi bila dah naik semput bah! haaaaaa! hahaha! teringat plak kumpulan sepah. Damia suka btul naik Canopy Walk cuma mama die pucat sket :p








Sehari suntuk aku habiskan masa di Kinabalu Park. Esok nak peg Pulau Manukan pula. hehe. Aku bercadang nak jumpe sorang member aku jo. Memang kami dah plan untuk pergi ke Pulau tapi nasib malang menimpa, kereta die rosak pula. Tak pe lain kali boleh plan lagi. Jadi hanya kami bertiga saja menghabiskan masa kat pulau ni. Bertolak dari Jeti Jeselton Point ke pulau hanya mengambil masa 15 minit je.







Sebelum balik ke Kuala Lumpur, aku ambil beberapa keping gambar bandar Kota Kinabalu kat jalan Bukit Bendera. Alamak teringat pula kerja aku kat ofis. Haduyai. Mood holiday lagi ni hahaha.


No comments:

Post a Comment