24 April 2011

Outdoor Time!!

Weekend ni kami bawa lagi Damia ke tempat kesukaannya. Taman permainan. Meriah betul setiap hujung minggu kat sini. Orang ramai memulakan aktiviti membakar lemak-lemak yang terkumpul. Kat sini Damia hanya suka main buaian je. Senang kan, duduk je ada orang buaikan. Dulu-dulu mana ada buaian macam ni yang baby pun boleh naik.

Dua minggu lagi genap la Damia berusia 2 tahun. Credit to her mama sebab mendidik dan menjaga Damia dengan penuh kasih sayang :)










09 April 2011

Cuaca Panas

Kalau kita bekerja di pejabat di tambah pula dengan kesejukan penghawa dingin mungkin kita tak rasa sangat udara di luar. Tapi sejak kebelakangan ni aku rasa cuaca kat Kolumpoq ni dah tak menentu. Kadang kala panas terik yang teramat sangat dan kadang kala hujan lebat. Tapi bukan kat sini saje cuaca panas terik, malahan kat sekitar Bandar Hilir Melaka!. Ada juga semak-samun kering yang dah terbakar! Aku sempat juga ambil beberapa keping photo untuk dikongsi bersama ngan korang sume.

06 April 2011

She was grown up

Bulan depan genap la 2 tahun umur Damia. Alhamdullillah die sangat sangat sangat riang pada waktu ni. Main je la yang die tau. Perkembangan minda zaman kanak-kanak dulu pun sama juga. Perasaan ingin tahu dan buat-buat tahu. Semua kerja nak buat sendiri. Dulu pandai berjalan dan sekarang sudah pandai berlari. Dia cakap nak kejar 'baby bird'. Ye la bird tu kecik dari kamu so kamu panggil 'baby'. Bawa je Damia ke kawasan lapang dan die pasti akan berlari. Tak penat ke Damia?! Hahaha..penat? penat tu soalan kedua. Ape yang penting? Main duluuu. :)