27 February 2011

The Color Of Life

Salam,
Cube bayangkan kalau hidup kita ni hanya dapat lihat warna hitam dan warna putih je. Kurang menarikkan. Kalau tak hitam, putih. Kalau tak putih, hitam. Diringkaskan cerciter  minggu lepas aku pegi i-City di Sekyen 7, Shah Alam. Salah satu tempat untuk 'night walk' bersama keluarga. Sape yang dah pegi sana tu seronok tak tengok pelbagai warna dan cahaya kat pokok-pokok buatan manusia ni? Tapi lagi seronok tengok kehidupan manusia yang datang dari pelbagai rupa dan kaum kat sini kan..kan..kan?! Macam-macam aktiviti diorang buat. Dan yang paling banyak adalah aktiviti mengambil gambar!!..(~Termasuk lah aku..)












Benda ni telah menakutkan Damia dan menangis sampai balik umah..aishh...

20 February 2011

Jelajah Bukit Tabur, Taman Desa Melawati.

Aku bersama-sama team jungle blues mendaki Bukit Tabur pada 19 Februari yang lepas. Walaupun hanya beberapa orang je yang hadir, tapi kami tetap teruskan  pendakian. Bukit Tabur ini terletak bersebelahan Dam Klang Gate di Taman Desa Melawati, Selangor. Pendakian bermula pada jam 7.00 pagi kerana memang dah lewat sangat sampai kat sana. haha. Trek kat sini pun boleh tahan juga cabarannye. Ape-ape pun layan je la photo pemandangan dan pendakian di bukit ni.