20 January 2011

Pulau BORNEO - Bumi Kenyalang -

Salam kepada semua..

7 Januari 2011, kami bertolak dari rumah dan tiba di LCCT pada jam 10.00 pg untuk ke Kuching, Sarawak bersama-sama keluargaku. Kami pun terus melangkah menuju ke kaunter untuk buat pendaftaran dan bernasib baik sebab tak perlu beratur panjang, ada sorang staf ni offer untuk check-in kan kami di kauternya. Hee syukur alhamdulillah. Cuaca pada hari tu pun agak mendung dan cuma nampak awan je sepanjang perjalanan.


Perjalanan mengambil masa kira-kira satu setengah jam. Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 1.30 ptg. Tiba di sana kami tidak mengatur perjalanan untuk pergi ke hotel. Cuma survey harga kereta sewa je. Tanpa berfikir panjang kereta kancil 660 menjadi pilihan. Mudah untuk kemana-mana.


Bandar Kuching tidak lah sebesar bandar Kuala Lumpur. Kalau sesat pun boleh kembali tempat asal dengan cepat. Sistem parkir di bandar ni masih menggunakan tiket yang perlu ditebuk hehe. Salah parking atau tak pamer tiket boleh kene saman. Tapi tak perlu risau sebab syarikat penyewa kereta telah bgtau kepada kami semuanya. Di sini pun cuaca agak mendung dan hujan pada waktu petang. Kami terus ke hotel sebelum ronda-ronda sekitar hotel.


8 Januari 2011, Kami meneruskan perjalanan ke Santubong, salah satu gunung di Sarawak. Di situ terdapat satu perkampungan atau tempat perlancongan yang di namakan Sarawak Culture Village. Hanya 30 minit dari bandar Kuching. Banyak perkara yang boleh dipelajari di sini terutama cara kehidupan kaum-kaum yang ada di Sarawak. Kalau tak dapat pergi ke seluruh Sarawak di sini pun sudah cukup memadai untuk melihat rumah dan adat-adat kaum seperti Bidayuh, Iban, Penan, Orang-Ulu, Melanau, Melayu dan masyarakat Cina.


Penat juga la berjalan dalam kawasan besar camni.  Rumah-rumah kaum yang agak tinggi memang tak naik laa. ho.ho.ho. Tengahari juga baru habis round, dan kami ke Bandar Kuching semula untuk cari ole-ole. Kat Sarawak ni popular juga dengan kek lapis. Corak yang cantik-cantik sket mahal harganya. Dan harga pula puratanya dalam sepuluh ringgit satu paket. Sebelum balik ke Kuala Lumpur sempat la aku ambil beberapa gambar sekitar Bandar Kuching ni.

No comments:

Post a Comment