14 November 2010

Langit Tak Sentiasa Cerah...

Akhir-akhir ni ayahanda ku telah diuji dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Beliau telah mengalami pendarahan di dalam kepala. Beberapa hari sebelum mengetahui perkara tersebut ayah ku telah mengalami sakit kepala yang amat teruk sehinggakan beliau tidak dapat tidur.  Sebelum ini kami hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi sakitnya masih belum reda. Di klinik, kita akan hanya diberi ubat mengurangkan pening, muntah-muntah dan demam sahaja.
Selepas empat hari mengalami sakit kepala, aku nekad membawa ayah ku pergi ke hospital untuk mengetahui apakah punca sebenarnya. Di Hospital Pantai Cheras kami diberi peluang untuk melihat imej x-ray keadaan ayahku dengan lebih terperinci. Dan selepas itu doktor mengesahkan bahawa ayahku telah mengalami pendarahan pada blood vessel di dalam kepalanya dan masih bernasib baik kerana ayahku masih sedar! Dan kebanyakan individu yang mengalami pendarahan di dalam kepala telah tidak sedarkan diri. Pada keadaan begini hatiku rasa sedih mengenangkan takdir ayahku. Beliau sebenarnya memerlukan rawatan rapi dari dulu lagi. Aku terus menghubungi keluarga ku yang lain untuk memaklumkan perkara ini.

Bila dalam kesusahan, hati aku ni rase macam awan mendung di tengah lautan.

Doktor mengesyorkan ayahku perlu menjalani pembedahan dengan segera. Beliau telah dihantar ke Hospital Pantai Bangsar untuk pemeriksaan rapi dan pada 3 November 2010 pembedahan telah dilakukan selama hampir 5 jam. Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan dan hingga kini ayahku dipantau untuk melihat sebarang kompilasi.

Kepada rakan-rakan, moga doakan kesejahteraan dan kesihatan ayahku supaya cepat pulih ye..

Wasalam.

2 comments:

  1. insyaAllah kita sama2 doakan...
    Firman Allah:
    ".................. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya…………….." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 233).
    :)

    ReplyDelete
  2. Thanks diha..Alhamdulillah ayah sy semakin sembuh..

    ReplyDelete