27 September 2010

Subuh di Bukit Broga..

Bukit Broga terletak di Kampung Sri Broga di Semenyih dan bersempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan ketinggian hampir 400m dari aras laut, ia dapat mewujudkan suasana yang sangat dingin dan nyaman. Sekitar jam 3.45 pagi kami berkumpul dan bertolak dari Ampang ke sana dengan rakan-rakan ku yang lain menggunakan lebuhraya Kajang-Semenyih serta tiba di kaki bukit pada jam 5.10 pagi. Segala kelengkapan seperti lampu suluh, head lamp perlu dipastikan dalam keadaan berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak membawa atau terlupa membawanya, boleh la beli di kaki bukit tu sebab ada orang buat bisnes jual lampu suluh. Selepas bacaan doa (sendiri-sendiri) kami mulakan pendakian.

Pendakian diteruskan dengan melalui ladang kelapa sawit dan diikuti hutan sekunder yang tidak begitu tebal. Laluan track yang sedia ada tidak menyukarkan pendakian kami untuk ke puncak. Terdapat empat puncak yang ada di Bukit Broga. Kalau larat korang boleh mendaki semua skali. Pada jam 6.15 pagi kami sampai di puncak yang pertama dan solat Subuh berjemaah dengan mencari arah kiblat pada kedudukan paksi di antara bulan dan bintang. Selepas itu kami meneruskan lagi pendakian ke puncak yang kedua tapi pada waktu ni masih gelap dan tidak nampak apa-apa. Kami buat keputusan untuk berhenti di puncak yang kedua kerana orang ramai telah pun berada di puncak seterusya dan kawasan disitu agak sempit. Angin dingin yang bertiup mengeringkan peluh yang ada dan menghilangkan sedikit penat kami. Apabila cahaya matahari mula membelah langit, pemandangan disitu sangat indah!


Setelah hampir tiga jam berada di puncak bukit, cahaya matahari mula terasa disegelinap tubuh. Jadi ramai yang menuruni bukit macam cacing kepanasan. Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama mendaki sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan pemandangan yang sangat indah di atas sana. Lain kali kita pergi di tempat yang lebih tinggi ye. hehe.

2 comments:

  1. your picture mmg best bro. agak terpukau seketika. thanks 4 sharing

    ReplyDelete