13 June 2010

Majlis Perkahwinan Khairullah (Kerol) & Wife

Hari ni salah sorang rakan aku, kenal sejak dari kecil melangsungkan perkahwinan di rumah Ibunda beliau di Lembah Jaya Selatan. Rumah dia belakang umah atuk aku je. Majlis berlangsung begitu meriah. Dapat jumpa sedara mara dia dan makcik-makcik yang tinggal di sekeliling kampung ni.

Teringat zaman dulu, kenakalan kami pada waktu kecil sangat la terserlah. Panjat pokok belakang rumah, main bola sampai pecah tingkap dan lain-lain lagi. Dulu mana ada PSP, PS2, X-Box, I Pad dan gadjet canggih macam sekarang.
 
Aktiviti-aktiviti dulu bermusim, kalau bermain layang-layang setiap sorang mesti ada satu. Kalau yang tak mampu beli buat sendiri pakai kertas surat khabar. Musim bermain gasing, semua ada gasing. gasing getah pun ada. susah sikit nak bagi pecah. haha. Lepas sekolah je mesti ada je aktiviti hingga ke lewat petang dan mula la arwah atuk aku cari dengan muka ganas. bersiap sedia untuk dirotan. haha.

"Selamat Pengantin Baru" dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.