14 November 2010

Langit Tak Sentiasa Cerah...

Akhir-akhir ni ayahanda ku telah diuji dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Beliau telah mengalami pendarahan di dalam kepala. Beberapa hari sebelum mengetahui perkara tersebut ayah ku telah mengalami sakit kepala yang amat teruk sehinggakan beliau tidak dapat tidur.  Sebelum ini kami hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi sakitnya masih belum reda. Di klinik, kita akan hanya diberi ubat mengurangkan pening, muntah-muntah dan demam sahaja.
Selepas empat hari mengalami sakit kepala, aku nekad membawa ayah ku pergi ke hospital untuk mengetahui apakah punca sebenarnya. Di Hospital Pantai Cheras kami diberi peluang untuk melihat imej x-ray keadaan ayahku dengan lebih terperinci. Dan selepas itu doktor mengesahkan bahawa ayahku telah mengalami pendarahan pada blood vessel di dalam kepalanya dan masih bernasib baik kerana ayahku masih sedar! Dan kebanyakan individu yang mengalami pendarahan di dalam kepala telah tidak sedarkan diri. Pada keadaan begini hatiku rasa sedih mengenangkan takdir ayahku. Beliau sebenarnya memerlukan rawatan rapi dari dulu lagi. Aku terus menghubungi keluarga ku yang lain untuk memaklumkan perkara ini.

Bila dalam kesusahan, hati aku ni rase macam awan mendung di tengah lautan.

Doktor mengesyorkan ayahku perlu menjalani pembedahan dengan segera. Beliau telah dihantar ke Hospital Pantai Bangsar untuk pemeriksaan rapi dan pada 3 November 2010 pembedahan telah dilakukan selama hampir 5 jam. Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan dan hingga kini ayahku dipantau untuk melihat sebarang kompilasi.

Kepada rakan-rakan, moga doakan kesejahteraan dan kesihatan ayahku supaya cepat pulih ye..

Wasalam.

08 October 2010

Tahniah Para Graduan Universiti Kuala Lumpur !!!

Pada 6 dan 7 Oktober 2010 yang lalu merupakan hari bersejarah bagi beberapa batch para graduan Universiti Kuala Lumpur. Majlis Konvokesyen yang ketujuh Universiti Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan telah dihadiri oleh ibubapa dari segenap negeri. Tahniah juga kepada Siti Athifah dan Mohd Hir Farouq serta rakan-rakan kamu berdua. All the best dan selamat maju jaya!


02 October 2010

Majlis Akikah Muhammad Adam Rayyan Dan Alif Syahmi

Alhamdulillah pada kali ni aku shoot untuk majlis akikah untuk kedua-dua baby ni iaitu Muhammad Adam Rayyan bin Mohd Fazrul dan Alif Syahmi bin Afif Farhi. Muhammad Adam Rayyan dilahirkan pada 31 Ogos 2010 dan sangat bertuah kerana pada tarikh ini kita sebagai rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Setiap tahun akan bercuti pada hari lahir. hehe. Akikah bermaksud penyembelihan binatang ternakan (Al-An'am) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Majlis Akikah merupakan satu majlis yang sunat dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran baby. Kadar akikah pula adalah dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, atau unta bagi kanak-kanak lelaki manakala seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, atau unta bagi kanak-kanak perempuan.

27 September 2010

Subuh di Bukit Broga..

Bukit Broga terletak di Kampung Sri Broga di Semenyih dan bersempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan ketinggian hampir 400m dari aras laut, ia dapat mewujudkan suasana yang sangat dingin dan nyaman. Sekitar jam 3.45 pagi kami berkumpul dan bertolak dari Ampang ke sana dengan rakan-rakan ku yang lain menggunakan lebuhraya Kajang-Semenyih serta tiba di kaki bukit pada jam 5.10 pagi. Segala kelengkapan seperti lampu suluh, head lamp perlu dipastikan dalam keadaan berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak membawa atau terlupa membawanya, boleh la beli di kaki bukit tu sebab ada orang buat bisnes jual lampu suluh. Selepas bacaan doa (sendiri-sendiri) kami mulakan pendakian.

Pendakian diteruskan dengan melalui ladang kelapa sawit dan diikuti hutan sekunder yang tidak begitu tebal. Laluan track yang sedia ada tidak menyukarkan pendakian kami untuk ke puncak. Terdapat empat puncak yang ada di Bukit Broga. Kalau larat korang boleh mendaki semua skali. Pada jam 6.15 pagi kami sampai di puncak yang pertama dan solat Subuh berjemaah dengan mencari arah kiblat pada kedudukan paksi di antara bulan dan bintang. Selepas itu kami meneruskan lagi pendakian ke puncak yang kedua tapi pada waktu ni masih gelap dan tidak nampak apa-apa. Kami buat keputusan untuk berhenti di puncak yang kedua kerana orang ramai telah pun berada di puncak seterusya dan kawasan disitu agak sempit. Angin dingin yang bertiup mengeringkan peluh yang ada dan menghilangkan sedikit penat kami. Apabila cahaya matahari mula membelah langit, pemandangan disitu sangat indah!


Setelah hampir tiga jam berada di puncak bukit, cahaya matahari mula terasa disegelinap tubuh. Jadi ramai yang menuruni bukit macam cacing kepanasan. Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama mendaki sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan pemandangan yang sangat indah di atas sana. Lain kali kita pergi di tempat yang lebih tinggi ye. hehe.

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali kami. Hari raya kat Kuala Lumpur ni biasanya pergi ke kampung-kampung yang ade je. hehe. Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, Kampung Pandan, Kampung Ampang Indah dan banyak lagi. Dulu je ade suasana kampung.  Sekarang nama tempat je kampung tapi suasana dah banyak berbeza.

Lengang la kejap jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni. Nak kata boleh tido atas jalan tu tak juga la sebab ade je kenderaan lalu. Hari Ahad nanti ramai yang akan balik dan yang paling pasti lebuhraya yang menuju ke Kuala Lumpur pasti sesak! So plan la perjalanan anda semua yang mane pulang ke kampung berhari raya semoga selamat perjalanan ke destinasi yang anda tuju. Selamat Hari Raya sekali lagi dan do enjoy your holiday!!


23 August 2010

Ramadhan Breaking Fast Event

Selepas berhari-hari planning dalam bulan Ramadhan, dapat juga kami berbuka puasa bersama-sama pada tahun ni di PICC. Aku bagi nama je. hehe. Dah lama juga aku tak jumpa korang semua. Masa belajar dulu je atau zaman-zaman bujang selalu la lepak sama-sama. Alhamdulillah semua dah ada keluarga dan generasi kedua. Oh lupa ada juga yang bujang. ha.ha.ha. Apapun terima kasih kepada Afiq, Hakim, Din, Didi dan Jijie walaupun masih ramai yang tidak dapat join. Al maklum la masing-masing dah ada komitmen. Aku harap tahun depan ramai yang dapat join. Jumpa lagi.

11 August 2010

Fantasy Premier League

Sempena dah nak start premier league musim 2010/2011 ni marilah kita sama-sama join Fantasy Premier League..hehehe..so kawan-kawan join jangan tak join..ni nombor leaguenya 35219-228250 dan 35219-228321.. slamat maju jaya.. perang baru saja bermula..muahaha..

01 August 2010

Damia's Day Out

Buka je mata dari tidur damia terus berjalan sambil tangan tu mencapai barang-barang atas meja dan tolong mama dia kemas drawer dia sendiri. hehe. Damia pun nak belajar juga. Belajar dengan penuh tekun. Sebelum puasa ni, aku bawa Damia berjalan-jalan sambil belajar. Kalau kat sekolah dulu dipanggil lawatan sambil belajar. Duduk di rumah saja pun boring juga kan Damia :D.

Kepada rakan-rakan selamat menyambut bulan Ramadhan minggu hadapan dan selamat berpuasa.

18 July 2010

Nizam+Aina

Alhamdullilah kali ni aku ke Kuala Terengganu untuk photoshoot kedua-dua pengantin kali ni iaitu Mohd Nizam dan pasangan permaisurinya Aina Mardhiyyah. Mereka ni telah disatukan di Masjid Bukit Kandis di Kuala Terengganu. Majlis perkahwinan telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bukit Tunggal. Aina ni seorang yang peramah dan yang paling best dia yang jahit baju pengantinnya sendiri. Sesiapa yang berminat boleh la hubungi Aina di D'ya Designs. Best kan kalau boleh buat baju pengantin sendiri.


Majlis disebelah lelaki pula dilangsungkan di Dewan Serbaguna Taman Keramat AU2. Dan diucapkan juga selamat pengantin baru kepada kedua-dua pengantin dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat la dapat baby ye. hehehe.

i z w a n  mashuri photography
email | izwanmashuri@gmail.com
contact no | +6012 256 9405