23 November 2009

SMHBian Paintball Team..

Hujung minggu lalu syarikat tempat lama aku bekerja menganjurkan satu pertandingan paintball untuk pegawainya. Bukan pertandingan untuk dapat hadiah pun cuma bermain suka-suka saja. Aku tak boleh join sebab aku bekas staff. Teringat masa dulu semasa aku masih bersama syarikat ni, aku mengaturkan outdoor game di Bukit Jalil ni juga, tapi berlainan lokasi dan senario. Best juga paintball game ni tapi kene ade budget yang tinggi. Kalau syarikat ada budget untuk sponsor dan tanggung semua lagi best hehehe.

 Pallet yang belum pecah..




20 October 2009

Heritage

Setelah hampir setengah tahun aku sibuk dengan kerja, dapat juga aku bernafas. Sekurang-kurangnya aku dapat update blog ni. Beberapa hari lepas aku ada pergi ke Melaka atas beberapa urusan yang perlu aku siapkan. Jadi sempat la ronda-ronda kejap kat bandar Melaka ni. Dah banyak pembangunan kat sini dan setahu aku barage yang baru dibina kat sini dapat mengawal dan mengekalkan paras air muara sungai Melaka. Dah boleh jadi macam bandar Venice di Itali tak?
A Famosa, Town of Heritage.


 
 




09 October 2009

Majlis Perkahwinan Imran Dan Norita

Majlis di langsungkan di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu. Norita ni seorang cikgu. So ramai la juga murid-muridnya yang datang. Sporting btul, siap bawa hadiah lagi. Ye la untuk cikgu yang banyak berjasa. Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada pasangan Norita dan Imran dari kami dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..~ja





14 August 2009

Graduan Para Pendidik..Congrates!!

12 Ogos 2009 adalah hari bersejarah bagi para graduan terutama pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Senang cite esok lusa sume nk jd cikgu..harap-harap jadi cikgu yang ikhlas mengajar anak-anak muridnya..So congrates to all of u terutama Cik Aida..n xlupe jg kepada kepada kekasihku Pn Farah Syuhada yang menjaga Damia dengan sebaiknya..



10 May 2009

Keindahan sa-buah kehidupan..

Jumaat | 8 Mei 2009.
10.25 pagi.
Aku bergegas balik ke rumah selepas terima panggilan dari farah. Panik aku dibuatnya. Kata orang tua, tumpah darah. Wife aku dah nak bersalin ke!!? Sampai je kat rumah aku pun bawa farah pergi ke hospital yang paling hampir dengan rumah, hospital Ampang. Nasib baik pada masa tu tak ramai orang. Jadi pegawai yang bertugas terus ambil kerusi roda untuk farah dan tolak masuk ke wad kecemasan. Aku nak masuk skali tapi nurse kat wad kecemasan tu suruh aku tunggu kat luar. Lima minit pun rasa macam dah lama sangat. (ai bape lame mau tunggu daa..) Aku lihat bakal-bakal bapa kat situ menunggu dengan penuh kesabaran. Semua tengah risau tentang wife masing-masing. Ada yang tertidur (agaknya dari semalam kot tunggu kat situ). Ada yang telefonnya tak henti-henti berdering dan ada juga yang telefon tanya isteri dia masuk wad nombor berapa. (mungkin isteri dah bersalin kot). Dan aku tetap lagi menunggu dengan penuh debaran sambil berdoa tentang keselamatan cahaya mata pertama kami.

Satu persatu nama wife masing-masing dipanggil dan masuk ke dalam wad kecemasan. Aku fikir bila giliran aku nak masuk ni. nervesss2!!. Tiba-tiba wife aku berjalan keluar dari wad. Aku tanya macamana keadaan dia. Doktor beritahu masih belum waktu untuk dia bersalin. Hanya tanda-tanda minor saja. Bila fikirkan balik nak tergelak pun ada jugak. Yela sume bakal-bakal bapa masuk ke dalam wad kecemasan, tapi wife aku pula yang keluar. hehe. Tapi masa cemas-cemas macamni kena serius!(hahaha) Tapi kami tak terus balik, hanya menunggu di bahagian ruang lobi hospital. (risau juga. tiba-tiba rasa lain pulak, kena datang balik). Sampai malam kami tunggu di situ sehingga aku buat keputusan untuk balik dan rehat je kat rumah.

Sabtu | 9 Mei 2009.
9.30 pagi.
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Sedia la apa-apa yang patut dan yang pastinya memang kami akan ke hospital dengan segera sekali lagi.

5.30 petang.
Farah nak pergi balik ke hospital pada waktu petang pula. Mungkin dah ade terasa sakit sikit-sikit. Jadi petang tu kami pun pergi sekali lagi ke hospital berkenaan bersama mak mertua ku. Kat sana, farah sekali lagi diperiksa dan keputusan yang sama juga dikeluarkan macam semalam. Cume kali ni doktor buat scanning untuk baby juga. Alhamdullilah baby sihat dan dalam keadaan normal. Cuma belum masa untuk bersalin lagi. Orang tua-tua cakap kalau ibu mengandung banyak berjalan senang untuk melahirkan anak. Jadi aku pun pimpin la farah jalan-jalan sekitar hospital tu. Rasanya ada 7 kali juga la aku tawaf hospital ni. Waktu ni pula H1N1 menjadi isu terhangat. Jadi ada la tempat kuarantin bagi pesakit-pesakit ni. Takut juga nak lalu tempat tu

10.30 petang.
Malam tu aku pun balik la dengan rasa tak senang hati. Kasihan tengok wife aku risau. Dan malam tu juga farah cakap die ada rasa macam sakit lagi. Tanpa fikir panjang kami pun terus pergi ke Hospital An-Nur di bangi. Disebabkan farah pernah check di sana so senang lah nak berurusan sebab dah ada record. Aku pandu dari Ampang ke Bangi dan alhamdulillah perjalanan trafik lancar. Sampai je kat hospital tu wife aku terus di masuk kan sekali lagi ke wad dan pada masa tu doktor beritahu memang farah kena tahan di wad.

Ahad | 10 Mei 2009 
3.30 pagi.
Sepanjang masa aku bersama farah dan sama-sama membaca doa untuk menyenangkan kelahiran anak pertama kami. Pada waktu ni la sepatutnya suami-suami perlu bersama-sama isteri. Pengalaman yang tak pernah akan aku lupakan sepanjang hidup ni. Bukan mudah untuk lalui detik-detik kelahiran kita di dunia oleh mak kita. Sebab tu la syurga tu di bawah telapak kaki ibu) dan tepat jam 7.42 pagi, alhamdulillah lahirlah seorang cahaya mata perempuan kami. DAMIA. dan hari ni juga adalah hari ibu sedunia..


30 March 2009

Kuala Perlis

Penat juga nak drive dari Kuala Lumpur ke sini. Pekan ni tak la besar sangat. Mungkin pekan ni tempat transit je untuk ke Pulau Langkawi. Kawasan di sini membangun juga. Ada restoran terapung tapi belum siap sepenuhnya.

Pemandangan pada waktu petang cukup menarik. Ramai juga photographer kat sini bila waktu petang. "Sunset Gloomy". Rasa malas pula nak balik Kuala Lumpur esok. huhu.




29 March 2009

Majlis Perkahwinan Amin & Sha

Dari KL aku bertolak pagi2 ke Kuala Perlis.. fuh rase mcm nk patah pinggang..Nway Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada pasangan Amin & Sha.. Semoga kekal hingga ke akhir hayat..Omedetto!!




08 March 2009

Journey To The East

Sebelum farah bersalin, sempat juga la bawa farah dan keluargaku melawat Kuantan. Kalau terasa macam nak bersalin memang tak sempat nak balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang tak dirancang. Redah saja. Menetap di mana pun belum pasti lagi, tapi kalau tak ada hotel memang balik terus.


24 February 2009

Intro

Salam semua,

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab melawat blog ni secara sengaja ataupun tak disengajakan. Mana la tau agak-agak terbabas kat blog ni. Aku harap aku dapat berkongsi perkara-perkara yang aku lalui dalam kehidupan di dunia ni dengan korang diluar sana dengan tulisan dan gambar-gambar yang tak seberapa ni. Mana yang baik tu ambil la sebagai panduan dan yang buruk tu memang jangan ikut langsung  la kot. Semoga korang gembira dengan kehidupan yang dilalui tapi jika sebaliknya anggapkan ia sebagai dugaan.

i z w a n mashuri.